Ahad, 30 September 2012

Review - Tarikh Luput Cinta

Novel ini aku beli second kat Kedai buy and sell di Selayang Mall.

Tengok tajuknya aje dah teruja nak baca.....Cinta pun ada expiry date yea....barulah ku tahu...:)

Misteri dan adventure yg diselitkan menjadikan phase yg laju dan sukar utk meletakkannya selagi tak tahu apa kesudahannya.

Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yang belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab.

Konflik memang banyak dalam kisah ini, bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak.

Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula
terhenti di saat kita bersua"

Tarikh Luput Cinta - Lynn Dayana


Code :- F023
ISBN: 978-983-124-421-0
Halaman: ~512
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.

Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

Sabtu, 29 September 2012

Review - Hingga Ke Akhirnya

Sambungan dari novel 'Sebuah Cinta'. Novel yang tebal tapi amat berbaloi membacanya. Memang menghiburkan...aku suka dialog dan monolog yang menghiburkan hati. Sesuai untuk melepaskan tekanan selepas berkerja.
 
Aku paling suka part mereka menyorok di dalam sungai dan selepas mereka dikejar oleh buaya. Memang comel....
 
Paling sedih part TK hilang ingatan dan mendera isterinya. Juga disaat TK hendak menggugurkan kandungan MA yg disangkanya anak lelaki lain.
 
Banyak perkara yang boleh dijangkakan didalam novel ini, tapi jalan cerita memang menghiburkan dan tidak bosan.
 
Kesimpulannya....novel ini menghimpunkan pelbagai elemen sedih, gembira, kelakar dan ala-ala siri senetron.
 
Tiada yang aku harapkan dalam hidup ini
melainkan hanya ingin bersama
sehingga ke akhir hayat.

Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha

Kesinambungan dari novel AKHIR SEBUAH CINTA.
 


Code :- F022
Halaman :- 770
Harga :- RM25.90
Deposit :- RM18.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan diantaran dirinya dengan Tengku Khuzairi..malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?
"Saya betul-betul tak faham, kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu, utnuk menyakiti perasaan saya dan menambahkan kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikanlah saya ruang untuk bahagia". ~ Mimi Atia

" Abang akan bersabar, abag akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia, demi Allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi

" Saya nak ingatkan Tengku, jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku, saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana." ~ Mimi Atia


Review - Akhir Sebuah Cinta


Aku beli novel ini apabila ramai yang kata, novel ini seronok dan menghiburkan...so kalau nak tahu....kena la baca dulu....nak baca..kena la beli atau sewa dari aku.
 
Permulaan cerita agak menarik, maka benarlah bagai dikhabarkan bahawa novel ini best.
 
Novel ini mungkin sesuai untuk remaja.
 
Intro yang menjurus ke genre thriller pada awal-awal muka surat novel ini, aku rasakan menarik tapi penceritaan kisah ini terlalu panjang sedangkan penyelesaiannya tidak meninggalkan impak yang besar.
 
Tapi aku suka dengan ending cerita ini :) sweet in its own way tapi endingnya tu terasa pendek dan tergesa-gesa.
 
Buat pengetahuan, pada siapa yang belum tahu tu....penulis ini menulis cerita ini ketika beliau berusia 16 tahun....mengagumkan.
 
Hadirnya dirimu...
kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi.

Jumaat, 28 September 2012

Akhir Sebuah Cinta - Siti NurDhuha



Code :- F021
Halaman :- 647
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Apalagi yang ada pada seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua2 dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi ATia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki pastu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia....lelaki yang disyaki membunuh. Dia...lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia...lelaki yang pernah menengking aku. Dia...lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia...banyak melukakan hati aku. Dengan tiba2 Mimi Atia menitiskan air mata. Tengku Khuzairi...kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak der apa2. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok ker abang aku kena sisih dengan saudara mara aku.

Khamis, 27 September 2012

Update 2

 
F011 - CINTA PERISA DIA - LYNN DAYANA - ALAF 21
F012 - IMPIAN KASIH - LIZA ZAHIRA - ALAF 21
F013 - SETIA HUJUNG NYAWA - FATIN NABILA - ALAF 21
F014 - BAHTERA KASIH - LIZA ZAHIRA - ALAF 21
F015 - ANDAI KAU JODOHKU - LIZA ZAHIRA - ALAF 21
F016 - ANDAI ITU TAKDIRNYA - SITI ROSMIZAH - BUKU PRIMA
F017 - KAN KUKEJAR CINTA KAMU - FAUZIAH ASHARI - INTENS
F018 - OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI - ALAF 21
F019 - CINTA TIADA AKHIRNYA - FAUZIAH ASHARI - INTENS
F020 - RINDU CINTA - FAUZIAH ASHARI - INTENS

Review - Rindu Cintaku

Novel terbaru kak Fauziah Ashari ini adalah sambungan 2 novel sebelum nie...iaitu Ombak Rindu dan Cinta..Tiada Akhirnya.
 
Ketiga-tiga novel ini menumpukan kepada kehidupan yang dilalui oleh Izzah Dan Hariz. Perasaan teruja untuk mengetahui sambungan cerita Izzah dan Hariz membuak-buak. Namun perasaan itu semakin mengendur apabila sekali lagi pelbagai konflik terjadi yang cuba menguji perhubungan mereka berdua.
 
Membaca novel nie...umpama menonton drama nersiri telenovela. Menunggu kesudahan cerita yang dipenuhi dengan pelbagai konflik sangat meletihkan.
 
Mungkin novel ini merupakan kesudahan cerita Izzah dan Hariz. Dimana ending kali ini menutup kamelut kisah cinta Izzah dan Hariz apabila akhirnya Izzah bahagia disamping Hariz dan cinta hati mereka.
 
Akhirnya lengkaplah trilogi kisah Izzah dan Hariz. Pada mereka yang mengikuti perkembangan kisah pasangan ini wajib lah membacanya.
 
Bagi saya, novel ketiga ini kurang menyengat dan kisah sedihnya juga kurang menyentuh perasaan berbanding ombak rindu dan cinta tiada akhirnya.
 
Cinta ini tidak akan terhakis,
cuma kealpaan yang menggores...

Rindu Cintaku - Fauziah Ashari

Kesinambungan dari OMBAK RINDU dan CINTA TIADA AKHIRNYA.




Code :- F020
Halaman: 672
Tarikh Terbit:
Harga :- RM23.90
Deposit :- RM17.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.
Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.
Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau… Nyawa?
 

Review - Cinta..Tiada Akhirnya

Cinta Tiada Akhirnya....kesinambungan dari novel ombak rindu. Walaupun novel ini dah lama dipublish, tapi baru-bari nie aje aku beli dan baca.

Ketika baca novel nie...., fuuuhhhh! memang layan habislah novel nie. Tak boleh nak stop..bila dah mula baca. Lebih-lebih lagi apabila ada sesuatu yang terjadi pada Izzah. Hidupkah atau matikah? Lepas tu muncul pulak watak Suri....pening sekejap aku...sapa lak Suri nie...? Suri tu Izzah ke...dan Izzah tu Suri ke...atas sebab nak tahu sesangat...aku nekad nak habiskan novel yang tebal jugak nie la.

Sepanjang membaca novel nie, timbul pula rasa kagumku pada penulisnya iaitu Kak Fauziah Ashari..kerana beliau mempunyai banyak idea dan sungguh kreatif dalam mengembangkan watak dan plot cerita.

Dalam cerita ini memang terdapat banyak unsur suspen yang akan membuat pembaca tertanya-tanya. Unsur kelakar jugak diterapkan dengan baik sekali, terutama taktik-taktik kotor yang digunakan.

Pada aku, memang berbaloi membaca novel karya Fauziah Ashari....Novel nie ada sambungannya lagi iaitu Rindu Cintaku.
 
Tak henti hati ini menyebut namamu,
Tak henti juga dengan rindu
memalu jantungku....

Cinta Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari


Kesinambungan dari Ombak Rindu

Code :- F019
Halaman: ~566
Tarikh Terbit:
Harga :- RM22.90
Deposit :- RM16.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Rabu, 26 September 2012

Review - Ombak Rindu

Diantara novel dan filem....aku lebih suka baca novel dari menonton filemnya...sebab apa..dari filem..kita boleh menjangka apa yang akan terjadi selepas tiap scene tu..tapi tidak pada novel.
 
Selepas baca novel dan kemudiannya menumpang anak perempuanku (ayna) menonton dvd ombak rindu..ternyata aku tidak begitu senang atau menggemari adegan-adegan yang ada dalam filem itu. 
 
Olahan cerita penulis asal ombak rindu dan olahan oleh pengarah filem memang agak berbeza juga.
 
Apa yang ingin aku tekankan bahawa watak Izzah dalam novel lebih menjadi dan ketabahannya terserlah..berbanding dengan lakonan Maya Karin dalam filem. Namun begitu aku suka dengan watak Aaron Aziz dan Lisa Surihani dalam filem tu.
 
Dan yang paling best dan aku suka ialah....lagu ombak rindu nyanyian Hafiz Dan Adira.

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti..

Ombak Rindu - Fauziah Ashari


Code :- F018
ISBN: 983-124-029-9
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Review - Kan Kukejar Cinta Kamu

Tebalnya novel nie....800 pages....but it's worth to read. Aku habis baca dalam masa 10 hari...hehehehe :)

Pada aku ceritanya agak lain dari novel melayu yang lain..menceritakan pasal orang kaya, lelaki hensom...perempuan cantik tapi jalan ceritanya sangat menarik...suspen nak tahu apa yang tersurat dan tersirat disebalik sejarah hidup watak-watak dalam cerita nie.

Memang emosi sungguh bila baca novel nie...ada komedi jugak tapi the rest more to emotional....habis aku sumpah seranah dengan watak hero cerita nie. ..semua gara-gara emosi yang berjaya dibuai oleh penulis.

Tersangatlah rugi kalau tak beli dan baca novel nie. Kalau rasa harganya mahal sangat..boleh aje sewa kat sini..murah aje..RM4 untuk tempoh pinjaman selama 14 hari.

Hisy! Aku nak kena mulakan ke? Hmmm...buat muka selenge.
Eh! Tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat..ya lah cuba goda dia.
Eh...eh..nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku?
Apa pulak aku jahat kan?
Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan santun?
Lagi bosan kot.
Argh! Tak boleh jadi ni...- Alma.

Kan KuKejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari



Code :- F016
Halaman :- 800
ISBN :- 978-967-5289-19-4
HARGA :- RM28.90
DEPOSIT :- RM20.00
SEWA :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

 Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa.
Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)
Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa."
Raiyan juga pernah berpesan,mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika bersendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya.
Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hilter..!
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru akan terus lari.
"Perkahwinan ini rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma.
Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland.

Review - Andai Itu Takdirnya

Dalam banyak-banyak novel yang aku ada....novel ini yang pertama sekali aku nak review. Kerana apa...kerana novel ini paling dapat sambutan dan hangat dipasaran serta diperkatakan. Bagi penggemar novel romantik, pasti sudah mengetahui pasal novel ini. Mungkin ada yang dah khatam 10 kali membacanya atau mungkin ada juga yang dah menghafalnya.
 
Hanya dalam 3 hari saja, aku berjaya menghabiskan bacaan. Bersemangat nak habiskan... Bersemangat nak tahu apa yang terjadi kepada rumahtangga Aleeya dengan Aizril.
 
Novel ini juga berjaya membuat hatiku sebak lalu menitiskan airmataku. Dah berapa kali aku menangis lepas baca babak Aleeya koma. Dan benci yang teramat sangat dengan Aizril..lelaki yang penuh dengan egois.
 
Tapi disebalik keegoannya, tersimpan perasaan kasih sayang dan cinta pada Aleeya. Biasalah lelaki..kalau dah sayang mana nak tunjuk..nak cover macho konon..bila dah tak dipeduli baru tahu.
 
Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan...



Update 1

F001 - Kurindu Kau Yang Hilang - Maizura Mohd Ederis - Creative
F002 - Bicara Hati - Damya Hanna - Alaf 21
F003 - Dekat Dihati - Eyman Haikal - Alaf 21
F004 - Selingkar Kisah - Ida Juliana - Buku Prima
F005 - Jika Kau Tiada - Elin Nadia - Alaf 21
F006 - Gemersik Kalbu - Anis Ayuni - Alaf 21
F007 - Cinta Yang Terpilih - Sri Diah - Alaf 21
F008 - Usah Menangis Sayang - Aini Marisha - Alaf 21
F009 - Memang Itu Cinta - Elin Nadia - Alaf 21
F010 - Cinta Edisi Terhad - Lynn Dayana - Alaf 21
Selamat Membaca Dan hayati dengan jiwa....

Selasa, 25 September 2012

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah


Code :- F016
Halaman :-
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00
RINGKASAN CERITA
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril.
 Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.





Isnin, 24 September 2012

Selingkar Kisah - Ida Juliana

Code :- F004
Halaman :- 370
Harga :- RM16.90
Deposit :- RM12.00
Sewa :- RM4.00
 
RINGKASAN CERITA
 
Hidup ini umpama roda, kadangkala diatas dan kadangkala dibawah. Begitulah yang terjadi kepada Zamizah yang bergelar yatim piatu sejak kecil. Dia ditinggalkan di pintu surau di Kampung Pematang Pauh sehingga dijumpai oleh Nenek Melah dan dipelihara seperti cucu sendiri.
 
Kehidupan Zamizah terus dilanda derita setelah dituduh berkhalwat dengan suami orang. Zamizah terpaksa mengahwini Badaruddin, lelaki mata keranjang yang mahu memilikinya hanya kerana nafsu semata-mata.
 
Malang tidak berbau, Badaruddin mula berubah sikap setelah mengenali janda bernama Hatipah yang datang ke kampung sebagai pengandam pengantin. Zamizah diceraikan tanpa alasan yang kukuh kerana cinta Badaruddin sudah beralih kepada Hatipah yang tidak diketahui asal usulnya.
 
Keperitan hisup Zamizah semakin ketara apabila Badaruddin tidak menghiraukan  keluarganya. Dia tidak pulang ke rumah lagi. Zamizah terus keluar mencari Badaruddin dirumah Hatipah bersama dua orang anaknya, iaitu Zanika dan Noi, namun Zamizah tidak pulang selepas itu.
 
Manan anak lelaki Zamizah telah melaporkan kehilangan emaknya kepada ketua kampung. Beberapa hari kemudian, mereka menjumpai Zamizah di pondok bas dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akibat kejadian itu, Zamizah mengalami trauma yang berpanjangan.

Andai Kau Jodohku - Liza Zahira


Code :- F015
ISBN: 978-983-124-589-7
Halaman: ~528
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2010
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!

Bahtera Kasih - Liza Zahira


Code :- F014
ISBN: 983-124-271-8
Halaman: ~542
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 29 Nov 2006
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.

Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.

Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina?

Bagaimana Carra Lina menangani masalahnya. Jika Ichlas datang untuk merebut cinta Carra Lina, adakah dia menerimanya? Tidakkah Ryan cuba memenangi hati Carra Lina dan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada gadis itu?

Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila


Code :- F013
ISBN: 978-983-124-699-3
Halaman: ~480
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 4 Jul 2011
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Impian Kasih - Liza Zahira


Code :- F012
SBN: 983-124-163-0
Halaman: ~368
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 8 Jul 2004
Harga :- RM14.00
Deposit :- RM10.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.

Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.

Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.

Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak!

Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasih yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya Hazita akur, cinta itu sebagai rahmat dan nikmat. Dalam pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa...

Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana


CODE :- F011
ISBN: 978-983-124-751-8
Halaman: ~480
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 5 Jan 2012
Harga = RM21.00
Deposit = RM15.00
Sewa = RM4.00

RINGKASAN CERITA

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.


Cinta Edisi Terhad - Lynn Dayana



Code :- F010
ISBN: 978-983-124-526-2
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 10 Mac 2010
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Memang Itu Cinta - Elin Nadia



Code :- F009
ISBN: 978-983-124-749-5
Halaman: ~512
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 3 Jan 2012
Harga :- RM22.00
Deposit :- RM15.50
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya.

Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!

Usah Menangis Sayang - Aini Marisha


CODE :- F008
ISBN: 978-983-124-692-4
Halaman: ~528
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 10 Ogos 2011
Harga :- RM21.00
Deposit :- RM15.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Ahad, 23 September 2012

Updated :- F016


Judul Novel :- Andai Itu Takdirnya
Pengarang :- Siti Rosmizah
Terbitan :- Alaf 21
Nama Peminjam :- Faridahwati
Tarikh Pinjam :- 19/09/2012
Tarikh Pulang :- 03/10/2012

Updated - F018

Judul Novel :- Ombak Rindu
Pengarang :- Fauziah Ashari
Terbitan :- Alaf 21
Nama Peminjam :- Nora Azah
Tarikh Pinjam :- 16/09/2012
Tarikh Pulang :- 30/09/2012

Khamis, 20 September 2012

Cinta Yang Terpilih - Sri Diah


CODE :- F007
ISBN: 978-983-124-540-8
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 29 Mac 2010
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!

Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.

ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. Keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. Siapa boleh percaya? Emak menentang. Bapa juga tidak setuju.

Kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin...

Adakah dia... Cinta yang terpilih

Gemersik Kalbu - Anis Ayuni


CODE :- F006
ISBN: 983-124-187-8
Halaman: ~592
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 11 Apr 2005
Harga : RM18.00
Deposit : RM14.00
Sewa : RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?



Kurindu Kau Yang Hilang - Maizura Mohd Ederis


Code :- F001
ISBN: 983-893-393-7
Halaman: ~225
Tarikh Terbit: 1999
Harga :- RM15.90
Deposit :- RM11.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Perlukah dia  kembali...Untuk siapa? Setelah harga diri hancur musnah kerana lelaki.
Dia tidak ingin dikenali lagi, dia ingin lenyap bersama lenyapnya
cerita-cerita semalam.
Tetapi mampukah dia?....Sedang langkah kakinya kini mula dijejaki.


Jika Kau Tiada - Elin Nadia



CODE :- F005
ISBN: 978-983-124-479-1
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 16 Dis 2009
Harga : RM19.90
Deposit : RM14.00
Sewa : RM4.00

RINGKASAN CERITA

SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.

Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.

Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.

Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?

Dekat Dihati - Eyman Haikal


CODE :- FOO3
Halaman :424
ISBN : 983-124-194-0

Harga = RM17.00
Deposit = RM12.00
Sewa = RM4.00

RINGKASAN CERITA

TUJUH belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini
, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.


 


Bicara Hati - Damya Hanna


Code :- F002
ISBN: 983-124-110-x
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Harga :- RM18.00
Deposit :- RM13.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
 
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Rabu, 19 September 2012

Sewa - Part One


Terma dan Syarat

  1. Tempoh pinjaman adalah 14 hari (termasuk cuti umum)
  2. Kadar sewa sesebuah novel adalah RM4.00.
  3. Penyewa perlu membayar 70% dari harga asal novel sebagai deposit. Dan caj sewa sebanyak RM4.00 akan ditolak daripada deposit apabila novel dipulangkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Sekiranya novel yang dipulangkan melebihi daripada tempoh 14 hari, denda sebanyak 50sen akan dikenakan bagi setiap hari yang lewat dan akan dipotong melalui deposit peminjam.
  5. Setiap novel yang koyak atau kehilangan mukasurat akan dicaj 50sen setiap helaian.
  6. Pinjaman melebihi 30 hari (termasuk cuti umum), dianggap terjual terus kepada peminjam.
  7. Kos penghantaran/pengeposan adalah tanggungan sepenuhnya pihak peminjam. Pilihan penghantaran adalah secara pos laju, pos ekspress atau pos daftar.
  8. Bayaran adalah secara TUNAI - COD - CASH ON DELIVERY atau secara BANK IN bagi yang menggunakan khidmat pos.
Secara Ringkasnya.
Tempoh Pinjaman = 14 hari
Waktu Sewa = Bayar 70% harga asal buku (deposit)
Waktu Pulang = Wang dikembalikan setelah ditolak harga sewa
Buku rosak/helaian hilang etc = Dicaj RM0.50 sen
Bayaran secara COD - cash on delivery dan secara bank in
Bayaran penghantaran ditanggung oleh penyewa.

Cara menyewa novel

Bagaimana nak menyewa novel disini...?

Cara-caranya...

1) Pilih tajuk atau code buku/novel yang sahabat suka....

2) Copy saja detail dibawah nie...

- Nama :-
- No.Tel :-
- Alamat :-
- Code Novel/Buku :-

Sms ke 014-6297535 atau emailkan saja kepada saya fida_3076@yahoo.com.my

3) Saya akan reply sms atau email sahabat mengenai kadar sewa dan deposit yg perlu sahabat bayar dan cara pembayaran.

ENJOY....

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat semua peminat-peminat buku atau novel.

Ramai diantara kita yang minat membaca novel tetapi sukar untuk membelinya..kerana masalah budget atau tiada tempat untuk menyimpannya nanti.

Terdapat jugak novel yang sukar hendak didapati dipasaran sekarang.

Dari blog saya ini...para peminat buku atau novel sekalian..bolehlah memilih mana-mana buku atau novel yang perkenan dihati dan jika sudah terpaut..bolehlah menyewanya dari saya dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Jadi tak perlulah sahabat berhabis duit nak membeli novel kan..

Kebanyakkan novel yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik peribadi saya sendiri. Daripada terbiar novel ini berhabuk dirak..apa salahnya jika kita share membacanya.

SELAMAT MENYEWA DAN SELAMAT MEMBACA...