Selasa, 9 Oktober 2012

Nian Di Hati - Elin Nadia


Code :- F028
ISBN: 978-983-124-617-7
Halaman: ~496
Berat: 400 gram
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.

Isnin, 8 Oktober 2012

Review - Masih Setia

Pening aku baca novel ini...sukar untuk difahami..sebab apa...kerana bahasa yang digunakan dalam novel ini adalah bahasa minang.

Bukan minang dari Nogori Sombilan....nie minang dari Indonesia..pure punya...walaupun ada translation ke bahasa melayu tulen tapi jalan ceritanya buat aku pening dan cepat bosan tapi aku cuba jugak baca bahasa minang tu...terbelit jugak lidah nak menyebutnya.

Korang nak tahu..korang bacalah sendiri yea...

Kau bilang Sayang...
Aku kata Benci..


Masih Setia - Aisya Sofea


Code :- F027
Halaman :- 512
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Review - Sandaran Hati

Dah lama tengok buku ini dalam senarai queue untuk aku membacanya...
Awal cerita aku rasa agak kurang lancar dan dialog-dialognya kurang convincing. Selepas pertengahan cerita, barulah aku mendapat rentak dan memanipulasi chemistry Amalia-Farhan dengan amat baik dalam kisah ini.
Sebu dada bila cinta mereka membuak tapi sayangnya jodoh Farhan dengan orang lain. Terasa rontaan jiwa Amalia-Farhan, dimana mereka saling memendam perasaan kerana masing-masing pernah menyuarakan penolakkan apabila dicadangkan supaya berkahwin.
Endingnya yang mampu membuat kita tersenyum.
Tanyalah hati ini dan ketahuilah...
penantianmu ada penghujungnya.

Khamis, 4 Oktober 2012

Review - Kau Tetap DiHati

Secara amnya, aku terhibur dengan novel ini. Penggunaan bahasa adalah menepati konsep novel, penekanan dan pengenalan watak adalah baik.

Secara peribadi aku sukar menerima watak Sophia yang aku rasa terlalu unggul. Pengenalan watak begini memerlukan imiginasi keras penulis kerana tiada contoh yang wujud dizaman ini.

Penelitian watak adalah memuaskan cuma aku rasa penggunaan bahasa percakapan adalah tidak sesuai.

Novel ini mengetengahkan perasaan kasih sayang, kekeluargaan yang utuh antara adik dan kakak serta anak dengan ibubapa.

Plot cerita dia yang tidak memenatkan otak aku berfikir. Watak-watak yang diolah sangat memuaskan dan ada masanya berjaya menyentuh hati aku.

Aku merekomenkan novel ini untuk dibaca oleh semua golongan. Korang tak akan merasa strees membacanya. Jalan ceritanya yang jelas membuat kita ingin terus membacanya sampai habis.

Dalam hati tiada sepi
andai dikau hadir
dalam memori.

Kau Tetap Dihati - Liza Zahira

CODE :- F025
ISBN : 978-983-124-394-7
Halaman :- 512
Harga :- RM19.90
Deposit :- RM14.00
Sewa :- RM4.00
 
RINGKASAN CERITA
 
Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.

Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akirnya menjadi suami.
 
Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.

Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?


Sandaran Hati - Aini Marisha


Code :- F026
Halaman: ~480
Tarikh Terbit: 29 Jul 2008
Harga :- RM18.00
Deposit :- RM13.00
Sewa :- RM4.00

RINGKASAN CERITA
KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.

Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.

Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.

Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.

"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"